Kelas Powerpoint Animasi Teks & Foto

15 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

14 Julai 2019 – Pada minggu ini PI Linggi telah mengadakan Kelas Powerpoint Membuat Animasi Teks dan Foto. Ianya mengambil masa selama 2 jam bermula 11 pagi hingga 1 tengahari. Ianya dihadiri oleh seramai 7 orang pelajar dan diajar oleh Penolong Pengurus PI Linggi iaitu Puan Norhapidah Mokhtar.

Antara yang dipelajari oleh peserta ialah :

Membuat animasi daun bergerak ditiup angin
i. Memuat turun gambar daun berformat PNG
ii. Masukkan gambar daun tersebut ke dalam slide
iii. Membuat animasi dengan memasukkan custom path sebagai pergerakan daun.
iv. Meletak gambar background seperti pemandangan dan pokok-pokok.
Nota : Turut diajar contoh pergerakan yang lain seperti free fall love

Membuat animasi teks typewriter
i. Memasukkan teks
ii. Pilih animasi Appear
iii. Animation Pane – Effect Option – Animate text by letter
iv. Pilih sound yg sesuai (typewriter)
v. Delay time 0.2 seconds.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali